Celik Kewangan – Membina Liabiliti (Tanggungan)


Celik Kewangan – Membina Liabiliti (Tanggungan)

Ramai orang merasakan mereka arif menguruskan wang mereka tetapi masih terkial kial dengan dengan kewangan mereka.  Ramai diantara kita yang mempunyai lebih hari hari berbanding wang setiap bulan.  Ramai diantara kita merasa sesak dari 20hb sehinggalah hari menerima gaji.
Di universiti kita tidak belajar tentang kewangan yang sebenar benarnya.  Ianya hanyalah satu pendekatan bagaimana kita boleh mengimbangi lejer kita supaya kita dapat menunjukkan untung rugi dalam perniagaan kita.  Susan Lecter, Perancang Kewangan Bertauliah dan juga Penulis Bersama Rich Dad Poor Dad bersama Robert T. Kiyosaki juga bersetuju apa yang dipelajarinya di fakulti perniagaan tidak menjadikannya Celik Kewangan (Financially Literate).
Robert Kiyosaki menyatakan tentang idea beliau berkenaan dengan Celik Kewangan di dalam bukunya, Rich Dad Poor Dad.  Saya mencadangkan supaya anda mendapatkan satu untuk anda.
Untuk memahami kekuatan kewangan kita, saya menggunakan sistem oleh Robert Kiyosaki yang dikenali sebagai Penyata Kewangan (Financial Statement).  Ia mengandungi beberapa sel seperti Penyata Pendapatan (Income Statement), Penyata Perbelanjaan (Expenses Statement), Penyata Tanggungan (Liability Statement) dan juga Penyata Aset (Assets Statement).
Untuk memahami bagaimana Penyata Kewangan ini berfungsi, mari kita mulakan dengan satu kes pembelajaran.
PenyataKewangan1
Anda baru sahaja menamatkan pengajian anda dari kolej ataupun universiti dan anda bertuah anda mendapat pekerjaan.
Oleh itu, untuk beberapa bulan yang pertama itu, Penyata Kewangan 1 sesuai dengan anda.  Bila anda mendapat gaji, anda membayar sewaan rumah, membeli baju baru, membeli keperluan dapur dan sebagainya.  Apa yang anda dapat anda akan gunakan sepenuhnya.  Anda mempunyai wang yang cukup setiap bulan dan mempunyai sedikit simpanan.  Bagus.
PenyataKewangan2
Beberapa bulan berikutnya bila anda mempunyai wang yang cukup untuk pendahuluan kereta baru dan anda membelinya dengan selebihnya dengan pinjaman bank.  Untuk kereta idaman anda itu, anda tersenyum puas.  Bila ini berlaku, anda mula mendapatkan kad kredit kerana akaun anda hanya cukup untuk membeli keperluan dapur, membayar sewaan rumah dan juga minyak kereta anda.  Bagaimana pula dengan selenggara kereta, aksesori kereta dan sebagainya.  Oleh itu anda tunduk kepada penilaian anda sendiri untuk memiliki kad kredit.  Semuanya keperluan.
Anda memberitahu diri anda sendiri bahawa itu adalah pelaburan anda tetapi sebenarnya anda baru sahaja mengikat hutang dengan bank.  Sebenarnya bank yang memiliki kereta anda selagi anda berhutang.  OK cuba periksa geran kereta anda, dimana geran anda dan apa status geran anda?  Jelaskan ………. bank yang memiliki kereta anda, sehinggalah anda selesai melangsaikan segala hutang.
Oleh itu Penyata Kewangan 2 sekarang sesuai untuk anda.  Dan saya percaya ramai diantara anda yang akan mempunya lebih hari dari wang dan anda akan mula menggunakan kad kredit yang mengenakan interes berganda sebanyak 18% setahun.   Dan Sel Liabiliti anda menjadi besar dari mula mula tadi.
Kemudian anda telah menemui teman sejiwa anda yang anda ingin jadikan pasangan hidup anda.  Anda berkahwin dan anda bahagia kerana anda mempunyai pendapatan bersama yang banyak.  Anda berdua mengimpikan untuk mendapatkan rumah yang besar dengan empat bilik.  Anda membeli rumah sebagai ikatan kasih sayang dan menyatakan sekali lagi ini adalah pelaburan anda.  Benar properti akan meningkat tetapi tidak semua dan selalu.  Ianya hanya memberi anda untung jika anda menjualnya.  Jika anda masih mendudukinya, ianya hanya untung atas kertas.  Oleh itu Penyata Kewangan 3 sesuai untuk anda.
PenyataKewangan3
Dan anda berhutang sekali lagi dengan bank dan Sel Tanggungan anda akan bertambah besar.  Sel Aset yang anda sangkakan akan membesar tetap kecil kerana anda tidak menjualnya.  Dan sekali lagi,rumah itu bukanlah rumah anda, ia masih milik bank sehingga anda selesai melangsaikan hutang rumah itu.
Beginilah caranya kita membina tanggungan.  Cuba bayangkan jika kita diberhentikan kerja dan ansuran rumah anda terganggu, maka ini sebenarnya adalah tanggungan anda yang terancam.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com

2 Responses to “Celik Kewangan – Membina Liabiliti (Tanggungan)”

  1. faizalOD Says:

    hutang ada 2, hutang baik dan tidak baik, bergantung pada diri sendiri untuk mengawal hutang2.. berbalik pada kewangan kita, untuk offset kewangan kita setiap bulan supaya mana yg patut diutamakan, mana yg xperlu, cukup kesian pada org yg terjebak dgn hutang2, terutamanya CC, xperlu upah CFP pun, kita bole manage sendiri. duit kita, kita jaga..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.