Terdapat 3 kaedah yang biasa digunakan oleh pengurus pengurus dana dan juga perunding perunding unit amanah bagi mengurangkan risiko kepada pelaburan yang dibuat. Kaedah kaedah itu ialah
1. Asset Allocation
2. Dollar Cost Averaging dan
3. Switching Technique
Kita Sambung dengan kaedah yang ketiga Penukaran (Switching)
Mengurangkan Risiko Pelaburan – Switching
Kaedah terakhir yang lazim digunakan oleh Pengurus Dana (Fund Manager) adalah dengan menukarkan saham saham equity kepada saham saham bond ataupun Money Market.
Pasaran saham mempunyai keunikan sendiri dimana permintaan keatas jenis jenis saham saling tindak diantara saham saham ekuiti dan juga saham saham bond ataupun Money Market.
Perhubungan Tidak Langsung Jenis Jenis Saham dalam Pasaran
Pada pasaran ‘Bull” iaitu indeks saham meningkat, pasaran pasaran saham unit amanah atau mana mana saham ekuati berkecenderungan untuk meningkat. Pada masa ini pelabur gemar membeli ekuati dan menjadikan pasaran ekuati meningkat.
Pada pasaran ‘Bear’ iaitu bila pasaran saham menurun, kebanyakkan pelabur akan melepaskan saham saham ekuati dan menjadikannya terus merudum, manakala pasaran pasaran bond dan money market akan meningkat kerana pada waktu itu permintaan tinggi disebabkan pelabur pelabur lain ingin membuat hutang melalui pelepasan bond bond kerajaan ataupun swasta.pada pasaran saham.
Kesempatan ini akan digunakan dan kebiasaannya, duit prinsipal yang dilaburkan akan kekal pada awal awal pelaburan. Pada masa saham ekuati sudah mula menandakan akan terus merudum, kita masih berkesempatan untuk menukarkannya kepada saham saham bond atau money market dan ini menyebabkan unit yang dibeli pada saham bond dan money market masih lagi rendah akan memulangkan jumlah unit yang banyak. Dan apabila pegangan bond dirasakan akan menurun apabila pasaran ekuati menaik, kita akan menjual saham bond pada harga yang tinggi pada harga asal dan akan mendapat kelebihan unit pada saham ekuati semula.
Teknik ini sangat berkesan jika kita berpegang kepada pelaburan jangka sangat panjang
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 










019 325 6161
atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com