Mengurangkan Risiko Pelaburan – Penempatan Aset (Asset Allocation)


Terdapat 3 kaedah yang biasa digunakan oleh pengurus pengurus dana dan juga perunding perunding unit amanah bagi mengurangkan risiko kepada pelaburan yang dibuat.  Kaedah kaedah itu ialah

1.  Asset Allocation

2.  Dollar Cost Averaging dan

3.  Switching Technique

Sebagai permulaan kita mulakan dengan kaedah Asset Allocation

Mengurangkan Risiko Pelaburan – Penempatan Aset (Asset Allocation)

Pelaburan dalam unit unit amanah (unit trust) mempunyai risiko yang sama dengan sesiapa yang melabur terus di KLSE.  Yang membezakan kita adalah pengatahuan dalam membuat pelaburan supaya risiko yang diambil menjadi rendah.  Dalam pelaburan unit unit amanah, perkara ini telah diambil kira oleh Pengurus Dana, namun demikian, kita sebagai pelabur sendiri mampu untuk membuatnya sendiri untuk mengurangkan risiko yang di tanggung oleh pelabur sendiri.
Penempatan Aset (Asset Allocation) bermaksud membahagikan wang untuk belian beberapa jenis dana, portfolio pelaburan dan boleh juga kepada beberapa buah negara.
AssetAllocationByTypeofFund
Penempatan Aset Dengan Jenis Dana

AssetAllocationByFund
Penempatan Aset Dengan Jenis Portfolio

AssetAllocationByCountry
Penempatan Aset Kepada Beberapa Negara

Sebagai contoh, dalam pelaburan dana Public Islamic Equity Fund, Fund Manager akan menetapkan sekurang kurangnya 80% dana kepada pasaran ekuati dan selebihnya pada saham sukuk dan juga asset cair yang dibenarkan shariah. Dalam saham amanah atau Unit trust ini dipanggil ‘Fund Exposure’ kepada jenis pelaburan.

Fund Manager juga akan membuat pelaburan bukan kepada satu atau dua portfolio saham,tetapi akan membuat pelaburan kepada banyak portfolio supaya risiko pelaburan menjadi lebih kecil.  Ini kerana, prestasi sesuatu syarikat itu berbeza dan kebiasaannya untung rugi akan menjadi pukul rata.  Dibawah adalah contoh portfolio bagi Public Islamic Equity Fund (PIEF)berbandingNilai Aset Bersih (Net Asset Value)

NamaSekuriti(portfolio)                                %NAV

IOICorporation Bhd                                                        5

Tenaga Nasional Bhd                                                      5

SimeDarbyBhd                                                                 4

MISCBhd                                                                          4

ChinaMobileLimited                                                        4

Saya tidak silap meletakkan China Mobile Limited kepada senarai portfolio kerana kepelbagaian urusniaga negara juga boleh dijadikan modal untuk Asset Allocation.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.