Perbezaan Simple Interest dan Compound Interest – (Interest yang beri pulangan kepada Pelabur)

Simple Interest vs Compound Interest

Interest atau faedah sebenarnya berada disekitar kita.  Memang kita menyedarinya.  Interest atau faedah yang kita serve atau kita serahkan kepada bank melalui pinjaman kereta, rumah dan malah kad kredit; atau interest yang kita suka dengar iaitu interest yang memberikan keuntungan kepada kita samada melalui pelaburan dan simpanan dari bank juga dengan pulangan yang sikit sahaja.  Interest atau faedah yang disebutkan ini bukanlah faedah yang dikenakan oleh bank ke atas peminjam. Ini adalah keuntungan kita.

Interest atau faedah yang dibincangkan di sini adalah keuntungan yang diberikan oleh sesuatu institusi yang dibenarkan keatas keuntungan dari pelaburan yang dibuat.  Di dalam urusan unit saham amanah ia biasa disebut sebagai ‘distribution’ atau pengagihan keuntungan kepada pelabur pelabur.  Oleh kerana interest ini terlalu sinonim dengan masyarakat kita, saya pun gunakan sebagai faedah sahaja sepanjang penerangan ini.

Ada dua jenis interest atau faedah yang ingin diberitahu di sini.

1.  Compound Interest dan

2. Simple Interest.

SimpleandCompoundInterestPerbezaan Simple Interest dan Compound Interest

Kebiasaannya yang berbuat demikian dengan compounding interest adalah along along dan juga ceti ceti haram.  Beginilah caranya mereka menggandakan duit mereka tanpa mereka bekerja dengan keras.  Duit yang bekerja untuk mereka.  Malang sungguh kita Melayu yang banyak mendapatkan khidmatd dari along along dan juga ceti ceti haram ini.

Mari kita lihat perbezaannya;

Senario adalah seperti berikut – Pelaburan awal RM 10,000.00 dengan purata keuntungan adalah sebanyak 20% setahun

Senario Satu

Compounding Interest

Pada Tahun 2009 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00

Jumlah keuntungan dan prinsipal (1)= RM 12,000.oo

Pada Tahun 2010 – RM 12,000.00 x 20% = RM 2,400.00

Jumlah (1) + Jumlah Keuntungan (RM2400) (2) = RM 14,400.00

Pada Tahun 2011 – RM 14,400.00 x 20% = RM 17,280.00

Maka keuntungan sebenar anda andalah RM 17280 – RM 10000 = RM 7280

Peratusan Keuntungan anda = (RM 7280/RM10000) = 72.8% – (So bukan 60% kalau anda perasan)

Senario Dua

Simple Interest

Pada Tahun 2009 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00

Jumlah keuntungan  (1)= RM 2,000.oo

Pada Tahun 2010 – RM 10,000.00 x 20% = RM 2,000.00

Jumlah Keuntungan (1) + (2) = RM 4,000.00

Pada Tahun 2011 – RM 10,000.00 x 20% = RM 6,000.00

Jumlah Keuntungan (1) + (2) +(3) = RM 6000

Maka keuntungan sebenar anda andalah RM 6000

Peratusan Keuntungan anda = (RM 6000/RM10000) = 60% – (So ini baru betul betul  60% kalau anda perasan)

Oleh yang demikian, terbukti graf diatas adalah benar bahawa compounding interest ini jauh lebih baik dari simple interest.  Bukankah anda akan menjadi lebih bijak jika anda mengikut nasihat saya, CARILAH pelaburan unit amanah saham (unit trust) dengan membuat compounding interest

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.