Pada mulanya saya ingin membuat posting tambahan kepada posting yang terdahulu; Perbezaan Compound Interest dari jenis pelaburan dan simpanan tetapi membuat keputusan adalah baik jika saya membezakan posting ini supaya ia menjadi lebih mudah untyuk difahami.
Dalam posting yang lepas saya telah menunjukkan Compounding Interest (Faedah Berganda) dari Pelaburan ASB, Fixed Deposit juga dari KWSP (EPF). Diantara ketiga tiga itu yang terbaik adalah ASB dengan purata Faedah Berganda (Compounding Interest) setiap tahunnya adalah sekitar 8.8%. Ramai antara anda yang berasa gembira mendapat pulangan sebanyak itu, tetapi bagi yang melabur secara tunai sahajalah. Bagi yang membuat pelaburan dengan meminjam bank sebanarnya tidaklah untung mana. Menang sorak ajer orang dulu dulu kata.
Bagi memberikan gambaran yang sebenar tentang mana yang mempunyai prestasi yang baik, saya akan lampirkan sekali laporan prestasi dana dana Public Mutual kepada anda semua. Prestasi ini diambil dari Publi Mutual official website. Klik SINI untuk Prospektus Dana Syariah Public Mutual. Atau layari Web My Pro Invest untuk download Prospektus Dana Syariah Public Mutual.
Anda juga boleh membeli majalah Personal Money dan lihat sendiri prestasi prestasi dana dana Syariah Public Mutual. Kami dengan rasa bangga boleh memberitahu orang ramai prestasi dana dana dari Public mutual Jauh lebih baik dari yang diberikan oleh ASB.
Sebagai perbandingan permulaan, saya bandingkan dana Public Ittikal dengan ASB. Ini kerana dana Public Ittikal adalah antara produk yang paling lama dikeluarkan oleh Public Mutual.

Sejak dana Public Ittikal dikeluarkan, Faedah Berganda (Compounding Interest) yang telah diberikan oleh Public Mutual kepada pelabur pelaburnya adalah sebanyak 20.29% setahun. Memang ada tahun tahun yang merudum menyebabkan ia berada di paras negatif tetapi pukul rata pulangan yang diberikan masih tinggi sebanyak 20.29%. Tetapi jika mampu mengurus risiko dan berkeinginan mempunya pelaburan jangka panjang, kita akan mendapat lebih banyak untung. Ini diterangkan pada post saya, Mengurus Risiko – Penukaran (Switching).
Kita lihat antara dana dana yang dikategorikan sebagai baru dari Public Mutual. Kita lihat dana PIEF (Public Islamic Equity Fund)

Jelas Pulangan yang diberikan juga tinggi iaitu sebanyak 22.88%. Faedah Berganda ini (Compounding Interest) yang memberikan kita keuntungan dengan kadar yang tidak mampu dilakukan oleh ASB.
Berikut adalah dana yang dikira baru juga. Baru berusia 3 tahun dan pulangabn tahunan juga sangat baik. MAri kita lihat dana PIOF (Publis Islamic Oppurtunity Fund)

Ketiga tiga dana yang ditunjukkan diatas semuanay mengatasi Faedah Berganda (Compounding Interest) yang diberikan oleh ASB.
Memang kami mengakui ada tahun tahun yang menjadi negatif tetapi pulangan purata tahunan masih lagi baik berbanding ASB. Dan dengan menggunakan teknik yang telas saya gambarkan dalam Kaedah Kaedah Mengurangkan risiko dalam posting yang terdahulu, kita sebenarnya mampu membuat keuntungan dalam masa sukar juga.
Tambahan pula, sejarah pasaran saham dunia menunjukkan pasarang saham akan terus menaik. Masa yang menentukan lama mana dia dalam keadaan sukar seperti yang berlaku dalam peperangan besar dunia dan penularan wwabak penyakit.
Jadi bagaimana pandangan anda dengan Unit Amanah Saham Islam dari Public Mutual (Unit Trust Islamic Public Mutual). Saya berani kata anda akan mula menyukainya
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di ![]()

![]()
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()

![]()
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()

![]()
![]()

![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
019 325 6161![]()
![]()
atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com