3 Jenis Perbelajaan Orang Orang Kita bila tibe musim Perayaan ini


Sempena bulan ramadhan dan syawal yang bakal menjelma tak berapa lama lagi, sudah pasti aktiviti berbelanja rancak dijalankan oleh kita semua  sepanjang bulan ini.

Namun begitu, adakah kita semua telah berbelanja dan mengamalkan tabiat yang baik?

Baiklah jika tuan/puan ingin tahu apakah tabiat berbelanja anda, apa kata kita semua lihat 3 tabiat berbelanja yang telah saya ringkaskan seperti di bawah:-

1) Berbelanja Mengikut Kemampuan
Belanja ikut kemampuan ini orang kata belanja cukup-cukup atau ada orang panggil “ngam-ngam!” :)

Maksudnya dapat RM1000 belanja RM1000 tak lebih dan tak kurang.

Hmm yang ini kira majoriti ramai di antara kita yang memilki tabiat perbelanjaan sebegini.

2) Berbelanja Di luar Kemampuan
Belanja diluar kemampuan pula bermaksud mereka yang membiayai kehidupan mereka melalui kredit dan hutang.

Contohnya dapat RM3000 sebulan tetapi berbelanja RM3500 sebulan.

RM500 tu datang dari mana?

Hmm, dari mana lagi kalau tak secara kredit dan hutang laaa :)

Ha, yang ini dah semakin ramai yang terjebak dengan tabiat perbelanjaan sebegini gara-gara pengunaan meluas kad kredit.

3) Berbelanja Di Bawah Kemampuan
Yang ini pula adalah tabiat berbelanja orang kaya.

Eh, biar betul?

Bukankah orang kaya tu belanja mewah?

Tuan-puan, kalau nak tahu orang kaya, mereka berbelanja besar sebabnya pendapatan yang mereka perolehi jauh lebih besar daripada mereka yang biasa-biasa dan sederhana dapat.

Namun begitu pada hakikatnya mereka ni masih lagi berbelanja kurang daripada apa yang mereka dapat.

Sebab itulah mereka kaya, kerana sentiasa ada LEBIHAN wang untuk digunakan bagi meningkatkan lagi aset kekayaan mereka.

Tapi tak semua orang kaya dan jutawan itu hidup dengan perbelanjaan besar dan mewah.

Ramai juga yang saya kenali hidup dan berbelanja sederhana tapi pokoknya mereka masih lagi berbelanja di bawah kemampuan sebenar mereka.

Jadi, tuan/puan punya tabiat yang mana satu?

Jika nak terus hidp di zon selesa, amalkan tabiat no.1 (tapi tak jamin, sebab biasanya mereka yang amalkan tabiat ni mudah tergelincir ke tabiat no.2).

Kalau nak terus hidup miskin dan papa kedana, teruskan tabiat no.2 tapi jika tuan puan nak jadi kaya raya amalkan tabiat no.3… Duit yang berlebihan itu di tambahkan dalam Instrumen Pelaburan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Nor Razi di 019 325 6161 atau emailkan kepada Nor Razi di norrazi.publicmutual@gmail.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.